KLINIK PERGIGIAN ARAU
KLINIK PERGIGIAN ARAU  
  PENGENALAN
  KENALI KAMI
  PERKHIDMATAN
  PROGRAM DAN AKTIVITI
  PENCAPAIAN KLINIK
  HUBUNGI KAMI
  BUKU PELAWAT
  JOM UNDI!
PROGRAM DAN AKTIVITI



 



PROGRAM PENCEGAHAN PERGIGIAN
 
 PRA SEKOLAH :
 
Kanak kanak Pra Sekolah di tadika tadika disuaikenalkan pada pertama kali kepada perkhidmatan pergigian melalui aktiviti Pendidikan Kesihatan Pergigian .Semua tadika kawasan Arau samaada kerajaan mahupun swasta yang telah dikenal pasti akan dilawati.Ceramah dan latihan memberus gigi dilaksanakan semasa lawatan ke tadika ( sebanyak 2 kali ) oleh Jururawat Pergigian.
 
 SEKOLAH RENDAH :
 
Aktiviti aktiviti utama yang dilaksanakan ialah ceramah dan latihan memberus gigi dengan menggunakan poster ,slide dan model gigi sebagai alat pandang dengar .Pendidikan Kesihatan Pergigian di Klinik Pergigian Sekolah dan semua sekolah yang dilawati oleh Pasukan Pergigian Bergerak sementara .
 
 SEKOLAH MENENGAH :
 
Untuk sasaran murid Sekolah Menengah penyampaian bagi aktiviti ini ialah ceramah yang diberikan oleh Pegawai mahupun Jururawat Pergigian .Ceramah adalah sebahagian daripada aktiviti rawatan incremental untuk Sekolah Menengah .
 
 IBU MENGANDUNG :
 
Pegawai Pergigian memberi ceramah kepada kumpulan sasaran ini.Ceramah ini dilaksanakan dihari ante natal secara “chairside“ di klinik kesihatan .Penekanan kesihatan diberi kepada ibu ibu semasa mengandung bagi menjaga diri dan juga kesihatan bayi .
 
 TODDLER :
 
Tumpuan diberikan kepada kanak kanak dibawah umur 4 tahun.Jururawat Pergigian akan memberi khidmat nasihat kepada ibu ibu yang membawa anak mereka untuk mendapat rawatan susulan di klinik kesihatan dan Klinik DesaTujuan supaya ibu ibu dapat membimbing anak mereka menjaga gigi diperingkat awal supaya mempunyai gigi yang sihat ketika melangkah ke alam persekolahan .
 
 

  PROGRAM LAIN

 
-KHIDMAT MASYARAKAT

eg: PROGRAM PEMAKANAN DAN REMAJA DI PUSAT KANAK-KANAK ARAU  

 

 


eg: HARI BERSAMA RAKYAT DI KAMPUNG CERMAI JELEMPOK


-PROGRAM MAKTAB PERGURUAN UNTUK PELATIH
-SARINGAN ORAL KANSER
-PROGRAM DOKTOR MUDA (PBSS)
-TOBACCO CESSATION
-KARNIVAL KESIHATAN
MASA ITU EMAS  
   
Today, there have been 4 visitors (6 hits) on this page!
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free